Proton kebelakangan ini telah menghasilkan beberapa konsep kereta yang menarik perhatian ramai. Terbaru adalah Proton Saga BLM yang telah diubahsuai sistem janaan tenaganya daripada minyak kepada tenaga elektrik. Kereta konsep ini yang telah dipertontonkan di UPM tempoh hari telah membuka mata orang ramai bahawa Proton kini telah maju seiring dengan dunia permotoran hari ini yang mana tenaga alternatif selain minyak telah mendapat tempat untuk dimajukan.
Kereta ini tidak menghasilkan sebarang pencemaran seperti kereta konvensional yang lain kerana kereta ini dijana dengan tenaga elektrik sepenuhnya. Motor elektrik berkuasa 125kW(168hp) digunakan untuk menggerakkan Saga EV ini dengan transmisi 5 kelajuan. Motor in digerakkan dengan kuasa elektrik yang tersimpan di dalam bateri yang di simpan di dalam bonet belakang.
Menurut Proton, kereta konsep ini dapat memecut dari 0-100 km/j dalam masa 10.1s. Kelajuan tertinggi yang dicatatkan sewaktu ujian adalah 161km/j. Jarak perjalanan untuk bateri cas penuh adalah 109km. Seperti kereta-kereta elektrik dari syarikat automotif tersohor dunia, kereta konsep Proton ini juga dilengkapi dengan sistem janaan tenaga brek untuk mengecas semula bateri. Soket untuk mengecas dari rumah juge ada disediakan.
Semoga kereta konsep ini dapat dipertingkatkan lagi terutamanya dari segi tempat simpanan bateri kerana terlalu banyak ruang sehingga penuh bonet. Mungkin teknologi daripada Tesla Motor yang telah menghasilkan kereta sport elektrik boleh dipelajari.



No comments:
Post a Comment