Friday, July 31, 2009

Mitsubishi Lancer 2.0 GT berwajah baru!

Mitsubishi Malaysia telah melancarkan Mitsubishi Lancer 2.o GT dengan wajah baru. Masih lagi dengan enjin dan transmisi yang sama dengan model sebelum ini. Apa yang terbaru pada model ini adalah dari segi sistem audio dan kemasan luaran kereta dengan body kit baru. Harga yang ditawarkan juga meningkat Rm 2 ribu daripada harga model terdahulu. Hanya 3 warna yang ditawarkan iaitu white solid, black mica dan red metallic. Harga atas jalan yang ditawarkan tanpa insurans adalah Rm 120,598.10.






Wednesday, July 29, 2009

Ferrari baru dengan 570 kuasa kuda..

Ferrari baru ini dikuasakan oleh enjin baru 4.5 L enjin V8 yang menghasilkan 570 hp secara kasarnya pada 9000rpm. Tork yang dihasilkan oleh kereta ini agak tinggi untuk kereta dengan saiz enjin begini. Kereta ini juga menggunakan transmisi baru dengan 7 kelajuan kluc F1. Kelajuan tertinggi yang dicapai oleh kereta ini adalah 325 km/j dalam masa 3.4 saat untuk mencapai pecutan dari 0-100 km/j. Penggunaan minyak kereta ini juga tidak la mesra pengguna, 13.7 L untuk 100 km tetapi itu sudah cukup baik untuk kereta super begini.

Siapa-siapa yang berhajat, berharap la agar Naza World dapat membawa masuk sebiji dua kereta ini ke Malaysia.







Tuesday, July 28, 2009

Toyota Camry dengan wajah baru






Toyota akan memperkenalkan Toyota Camry dengan bodykit baru tidak lama. Tempahan sudah boleh di buat di semua pusat jualan Toyota. Antara ciri tambahan baru yang diperkenalkan adalah sistem menghidupkan enjin tanpa kunci. Harga yang ditawarkan oleh UMW Malaysia adalah seperti berikut :

Toyota Camry 2.0E - RM144,990.00
Toyota Camry 2.0G - RM154,990.00
Toyota Camry 2.4V - RM174,990.00

Bandingkan dengan Honda Accord, kemudian pilihan di tangan anda.








Sunday, July 26, 2009

Felipe Massa eksiden!

Kemalangan yang menimpa Massa sewaktu hari penentuan petak permulaan semalam (25 Julai) amat la tidak di sangka-sangka. Seketul spring seberat 800 gram yang telah terkeluar dari kereta Barrichello sejurus sebelum selekoh ke-4 telah mengenai helmet Massa lalu menyebabkan beliau pengsan selama 2 saat lalu beliau hilang kawalan dan merempuh tembok tayar di hujung selekoh dengan kelajuan tinggi. Keadaan itu sudah cukup untuk menyebabkan tengkorak beliau retak, dan meninggalkan luka yang dalam di keningnya.

Bayangkan objek seberat 800 gram bergerak pada kelajuan 200km/j...apa impak yang boleh dilakukan oleh objek itu jika terkena pada sesuatu...helmet rekaan baru telah menyelamatkan Massa dari kecederaan lebih teruk. Semoga beliau dapat kembali sihat dan berlumba seperti dulu...

Lihat gambar, kerosakan yang di lakukan oleh spring itu terhadap helmet dan kepala Massa.



Saturday, July 25, 2009

PERodua VIVA ELITE

Perodua telah melancarkan model naik taraf VIVA nye. Peningkatan ketara dapat dilihat pada luaran viva baru ini. Rupanya yang lebih segar dan 'elegan' sesuai dengan nama ELITE nya. Pada harga serendah RM37k anda boleh memiliki VIVA ELITE ini dengan transmisi manual. Ruang dalaman viva ini masih sama dengan viva yang biasa. Tiada perubahan ketara yang radikal.
Untuk VIVA ELITE EZi yang berharga RM44k, memberi anda lebih ciri-ciri keselamatan seperti beg udara SRS di hadapan, brek stereng kuasa ABS, EBD dan bantuan brek.

Senarai harga model viva yang baru :

  • Perodua ViVA Elite M/T - RM37,900
  • Perodua ViVA Elite A/T - RM40,900
  • Perodua ViVA Elite EZi - RM44,900
  • Perodua ViVA 1.0 AT - RM36,900
  • Perodua ViVA 850 MT - RM32,900
  • Perodua ViVA 660 EX MT - RM28,900
  • Perodua ViVA 660 BX MT - RM25,300

kepada siapa-siapa yang berminat nak beli, tepuk dada tanya selera orang rumah dan anak-anak....
hahahah...













Thursday, July 23, 2009

Proton Saga EV

Proton kebelakangan ini telah menghasilkan beberapa konsep kereta yang menarik perhatian ramai. Terbaru adalah Proton Saga BLM yang telah diubahsuai sistem janaan tenaganya daripada minyak kepada tenaga elektrik. Kereta konsep ini yang telah dipertontonkan di UPM tempoh hari telah membuka mata orang ramai bahawa Proton kini telah maju seiring dengan dunia permotoran hari ini yang mana tenaga alternatif selain minyak telah mendapat tempat untuk dimajukan.
Kereta ini tidak menghasilkan sebarang pencemaran seperti kereta konvensional yang lain kerana kereta ini dijana dengan tenaga elektrik sepenuhnya. Motor elektrik berkuasa 125kW(168hp) digunakan untuk menggerakkan Saga EV ini dengan transmisi 5 kelajuan. Motor in digerakkan dengan kuasa elektrik yang tersimpan di dalam bateri yang di simpan di dalam bonet belakang.
Menurut Proton, kereta konsep ini dapat memecut dari 0-100 km/j dalam masa 10.1s. Kelajuan tertinggi yang dicatatkan sewaktu ujian adalah 161km/j. Jarak perjalanan untuk bateri cas penuh adalah 109km. Seperti kereta-kereta elektrik dari syarikat automotif tersohor dunia, kereta konsep Proton ini juga dilengkapi dengan sistem janaan tenaga brek untuk mengecas semula bateri. Soket untuk mengecas dari rumah juge ada disediakan.
Semoga kereta konsep ini dapat dipertingkatkan lagi terutamanya dari segi tempat simpanan bateri kerana terlalu banyak ruang sehingga penuh bonet. Mungkin teknologi daripada Tesla Motor yang telah menghasilkan kereta sport elektrik boleh dipelajari.